Enam mayat nahas helikopter di Hawaii ditemui

Iklan
Operasi mencari seorang lagi mangsa nahas sebuah helikopter yang terhempas di pergunungan pulau Kauai masih diteruskan. Foto: Agensi.

HONOLULU - Enam mayat mangsa nahas sebuah helikopter yang terhempas di pergunungan pulau Kauai telah ditemui, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun menurut pegawai penyelamat, tiada sebarang petunjuk ada mangsa yang terselamat daripada insiden itu dan misi mencari seorang lagi mangsa akan diteruskan bergantung kepada keadaan cuaca.

Iklan
Iklan

"Mayat yang ditemui masih belum dikenal pasti dan keluarga mereka akan dimaklumkan berhubung penemuan ini," katanya.

Misi pencarian bermula selepas helikopter membawa juruterbang dan enam penumpang dari dua keluarga dilaporkan terlambat tiba daripada jadual penerbangan selepas mengelilingi pantai Na Pali di Kauai kelmarin.

Iklan

Kata pengawal pantai, dua daripada enam penumpang dipercayai bawah umur dan kawasan yang curam dengan jarak penglihatan yang rendah, laut bergelora dan hujan menyukarkan misi pencarian.

"Syarikat Safari Helicopters telah menghubungi pengawal pantai kira-kira 45 minit selepas pesawat itu gagal mengikut jadual asal selepas berlepas dari bandar Lihue," katanya.

Iklan

Helikopter Eurocopter AS350 itu ditemui di kawasan kaki pergunungan Pantai Pali yang merupakan salah satu destinasi yang paling dramatik di Hawaii dan pernah dipaparkan dalam filem Jurassic Park. - Agensi.