'Segerakan rombakan, tidak perlu tunggu Januari'
Iklan
SHAH ALAM - Penstrukturan semula kabinet merupakan satu keperluan yang perlu dilaksanakan segera memandangkan terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, penstrukturan semula kabinet perlu dilakukan segera dan tidak perlu menunggu sehingga Januari depan.