Tiang penerus tamadun
Iklan
PADA Ogos 2022, bilionair Tesla, Elon Musk menulis dalam Twitternya (kini dikenali sebagai X):"Keruntuhan populasi akibat kadar kelahiran yang rendah adalah ancaman lebih besar kepada tamadun berbanding pemanasan global”
Banyaklah pihak bangkit membantah kenyataan beliau. Antara yang kuat bersuara adalah pakar demografi Dr Tomas Sobotka dari Vienna Institute of Demography.
Kata Thomas, dengan jumlah populasi dunia mencecah lapan bilion kini, jangkaan Elon langsung tak tepat dan bercanggah dengan unjuran jumlah populasi dunia berdasarkan statistik semasa.