'Penerangan terhadap isu semasa masih lemah'`

Iklan
Chai Yi ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Putrajaya pada Ahad.

PUTRAJAYA - Penerangan dan respons Kerajaan Perpaduan berhubung isu-isu semasa diakui masih lemah.

Perwakilan dari Perak, Wong Chai Yi berkata, kelemahan itu turut menyebabkan berlakunya kerosakan imej kepada kerajaan.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau menyeru kepada pihak berkenan agar lebih cepat bertindak dalam menangani perkara tersebut.

"Pimpinan kita harus memberi penerangan, pencerahan, penjelasan yang padu, cepat dan konsisten, dan respons ini haruslah konsisten daripada barisan menteri kabinet dan bukan sahaja daripada Perdana Menteri sahaja,” katanya ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut Chai Yi, apabila pencerahan tidak cukup pantas dan konsisten, anggota-anggota parti akan keliru dan tidak dapat menyampaikan pendirian Kerajaan Perpaduan dengan tepat kepada rakyat.

"Lebih-lebih lagi ketika zaman ledakan media sosial kini.

Iklan

"Kita terpaksa bersaing dengan masa supaya info yang lebih tepat dapat disampaikan kepada rakyat terlebih dahulu sebelum dipersoalkan oleh pihak pembangkang,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan rakan-rakan parti baru yang bukan daripada Pakatan Harapan, beliau meminta satu rangka kerja yang lebih jelas daripada pimpinan tertinggi PKR.

"Saya ingin menekankan bahawa kejayaan kita tidak hanya bergantung kepada kekuatan masing-masing.

"Kebolehan kita untuk bekerjasama sebagai satu entiti politik yang bersatu padu telah mengatasi perbezaan dan fokus terhadap penyelesaian masalah dihadapi rakyat,” katanya.