'Plot twist alih perhatian rakyat'
SHAH ALAM - Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada mulanya mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun depan, namun sehari kemudian membuat pusingan U hanyalah gimik politik bagi menutup kelemahan parti itu.
Pensyarah Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan dari Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, tindakan Muhyiddin itu untuk mengalihkan pandangan daripada krisis kepercayaan yang melanda Bersatu sehingga menyebabkan empat Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.