Generasi Penamat satu pelaburan
Iklan
HARI Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November saban tahun. Kali ini, ‘Investing in our future means investing in our children’ telah dipilih sebagai tema rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Maka, bertepatanlah masanya untuk kita menyantuni peningkatan trend penggunaan rokok dan vape dalam kalangan remaja sebagai sebuah ancaman yang perlu ditangani dengan tegas.