Hamas berusaha lanjut jeda kemanusiaan di Gaza

Iklan
Penduduk Palestin berjalan kaki di sepanjang jalan Salaheddine di daerah Zeitoun di pinggir selatan Gaza City pada Ahad. - Foto AFP

BANDARAYA GAZA - Hamas pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya berusaha melanjutkan jeda kemanusiaan dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, menurut sumber Palestin, Hamas sudah pun memaklumkan kepada Qatar dan Mesir mengenai kesediaannya untuk melanjutkannya selama dua hingga empat hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Jeda kemanusiaan di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14,854 rakyat Palestin termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita maut sejak serangan bermula pada 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. - Bernama

Iklan
Iklan