JDT tekad bawa pulang mata penuh

Iklan
Solari

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak menafikan akan berdepan kesukaran menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam aksi Kumpulan I Piala Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Todoroki, Jepun pada Isnin.

Bagaimanapun Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari berkata, skuad Harimau Selatan itu tekad berjuang bermatian-matian untuk menewaskan Kawasaki Frontale bagi menghidupkan peluang kelab berkenaan melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Iklan
Iklan

Pengendali kelahiran Argentina itu tidak menafikan peluang untuk JDT mengutip tiga mata pada perlawanan penting berkenaan.

Jelasnya, keyakinan tersebut hadir setelah JDT berjaya menyaingi kehebatan kelab dari Jepun itu pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri yang berkesudahan JDT tewas 0-1.

Iklan

"Kita tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka dan akan memberi saingan sengit dan cuba mencuri tiga mata bagi menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Kesemua pemain berada di tahap terbaik dan bermotivasi tinggi menjelang pertemuan ini. Kami akan membuktikan kemampuan JDT bersaing dengan kelab terbaik di rantau Asia ini," ujarnya mengulas mengenai persediaan dan keyakinan JDT menentang Kawasaki dalam aksi ACL itu.

Iklan

JDT merehatkan beberapa pemain utama seperti Arif Aiman Hanapi, Jordi Amat dan Shane Lowry dalam aksi liga menentang Kuching City FC sebagai persiapan menentang Kawasaki.

Solari menjelaskan, keputusan buruk ketika menentang kelab Jepun sebelum ini apabila tewas 0-5 ketika menentang Urawa Reds pada pusingan 16 terbaik ACL, 19 Ogos tahun lalu bukanlah satu ukuran.

Katanya, pertemuan tersebut adalah perlawanan yang berbeza dan JDT telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

"Pada perlawanan menentang Kawasaki ini, benteng pertahanan perlu ampuh menutup ruang buat lawan daripada mencipta peluang gol. Kita yakin mampu beraksi lebih baik kali ini.

"Soal perbezaan cuaca di sana bukanlah satu isu buat pemain yang sudah membuat persiapan rapi. Lagipun ini bukan perlawanan pertama JDT beraksi dalam keadaan cuaca yang mencabar," katanya.

JDT akan menentang Kawasaki Frontale pada jam 6 petang Isnin waktu Malaysia.