Mat Ropi terlalu unggul, sukar dicabar lawan

Iklan
Mohd Rafi merangkul Tali Pinggang Tourism Malaysia. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

PENINJU Kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Rafi Abdul Manaf nyata terlalu unggul apabila menewaskan peninju dari kelab Soo Sakchai, Thailand Far Yhak Alun pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Mohd Rafi atau lebih dikenali sebagai Mat Ropi hanya memerlukan dua pusingan sebelum menumbangkan lawan menerus knock out (KO) sekali gus merangkul Tali Pinggang Tourism Malaysia.

Aksi Mat Ropi (kiri) ketika menentang Yhak Alun. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

Iklan
Iklan

Pertarungan yang sememangnya dinantikan penonton itu menyaksikan kedua-dua peninju berhati-hati pada pusingan pertama dengan hanya beberapa serangan dibuat dan selebihnya banyak mengacah serta bertahan.

Namun, memasuki pusingan kedua, Mat Ropi mula membuka langkah menghayun tumbukan dan tendangan sehingga peninju Thailand itu rebah sekali gus memberikan kemenangan kepada wakil Kuda Merah PDRM itu.

Iklan

Bagi Mat Ropi, taktikalnya untuk lebih tenang pada pusingan pertama berhasil selain dia juga berhati-hati dengan helah yang mahu dilakukan oleh Yhak Alun.

Mat Ropi (lima dari kanan) memenangi Tali Pinggang Tourism Malaysia. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

"Saya rasa memang di mata penonton nampak mudah, namun lawan merupakan salah seorang peninju yang berpengalaman. Mungkin lama dia tidak bertarung, jadi tenaga dia cepat habis. Tetapi rentak dia dalam gelanggang masih konsisten.

Iklan

"Sebenarnya saya dah tahu pada pusingan pertama dan kedua, dia agak perlahan untuk menyerang. Tetapi, bila dah masuk tiga empat pusingan baru dia agresif.

"Saya cuba untuk terlebih dahulu bertindak pada pusingan kedua dan berjaya menewaskannya,"katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Peninju TUDM Black Owl, Muhd Hafiz Idris (kanan) melepaskan tumbukan ketika menentang peninju Aksl Muaythai, Aqil Hazim. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

Peninju kelahiran Kelantan itu juga menyifatkan kemenangan pada penampilan ke-100 itu sebagai amat bermakna dan akan menjadi momentum meraih lebih banyak kejuaraan pada tahun depan.

Kejohanan selama dua hari itu menampilkan seramai 28 peninju daripada 14 regu yang berentap merebut hadiah berupa 10 tali pinggang kejuaraan, dua tali pinggang juara pusingan dan piala berserta wang tunai.

Muhammad Mahmud (kiri) daripada Jordon Top Team bertarung menentang peninju dari Iran, Mostafa Ashauri. Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

Pada hari terakhir pada Ahad, satu piala dan enam tali pinggang dipertandingkan menyaksikan Muhammad Tuah Tarmizi daripada kelab Gorilla Muaythai berjaya memenangi piala Tajaan Sup Meletup manakala Muhamad Raimi Syamiel Mohd Raihan daripada kelab Fighter Den memenangi Tali Pinggang Neutrovis.

Peninju Selendang Kuning Studio, Yasham Amizan merangkul Tali Pinggang Johari Ghani dan Mohd Hafiz Idris daripada kelab TUDM Black Owl menang Tali Pinggang Flexi Global Logistic.

Gandingan peninju dari Jordan Top Team, Muhammad Mahmud dan Putra Abdullah Mahmud pula memenangi tali pinggang tajaan Tourism Malaysia.