Kumpulan pengacau sasar penyokong Selangor - Polis

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Kumpulan yang terlibat dalam insiden pergaduhan di pekarangan luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu lalu dikenal pasti sengaja menimbulkan kekacauan dengan menyasarkan penyokong Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan mendapati kumpulan terbabit terdiri daripada 'hooligan' bola sepak.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati mereka ini sememangnya berniat menimbulkan kekacauan dan memukul beberapa penyokong Selangor.

"Setakat ini tangkapan melibatkan seramai 23 individu dan kita masih lagi mengesan beberapa individu lain dipercayai terlibat dalam insiden ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Katanya, setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.

"Kesemua individu yang ditahan sebelum ini direman untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pada Sabtu, seramai 23 individu berumur antara 16 hingga 36 tahun diberkas setelah dipercayai mencederakan beberapa penyokong selepas perlawanan melibatkan Selangor FC dan Perak FC di Stadium MBPJ.

Semakan mendapati empat daripadanya memiliki pelbagai rekod jenayah lampau selain beberapa individu didapati positif dadah menerusi saringan air kencing yang dijalankan.