Kelantan bantu mantapkan kualiti penginapan pelancongan

Iklan
Kelantan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Gambar kecil: Kamaruddin

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan bekerjasama dengan pengusaha hotel, inap desa dan rumah tumpangan dalam membantu memantapkan kualiti perkhidmatan penginapan pelancongan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, langkah itu sebagai persediaan Kelantan untuk menerima pertambahan pelancong dari negara China dan India yang dijangkakan berlaku susulan pengecualian visa kepada rakyat kedua-dua negara itu ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Katanya, perkhidmatan penginapan pelancongan di negeri ini berada dalam kondisi yang baik untuk menerima pelancong-pelancong antarabangsa.

"Kelantan mempunyai tiga hingga empat hotel yang bertaraf empat bintang selain ratusan inap desa dan rumah tumpangan.

Iklan

"Banyak penginapan yang menarik di kawasan bandar atau pantai yang boleh menarik pelancong kedua-dua negara ini khususnya China,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Darulnaim di sini, pada Isnin.

Lokasi percutian yang menarik di Bachok, Kelantan. - Gambar hiasan

Menurut beliau, bersempena Tahun Melawat Kelantan, sejumlah 10 juta pelancong luar dan dalam negara akan melancong ke negeri itu dalam tempoh setahun.

Iklan

"Daripada keseluruhan itu, sebanyak lima juta ialah pelancong antarabangsa manakala 20 peratus atau 200,000 dari negara China

"Kita mahukan lebih banyak lagi pelancong asing melawat negara ini kerana boleh merancakkan ekonomi setempat,” katanya.

Tambah beliau, Kelantan juga dikenali dengan syurga makanan tempatan yang akan menarik lebih ramai pelancong luar negara untuk menikmati percutian mereka di negeri ini.

Akhbar sebelumnya melaporkan kerajaan memberikan pengecualian visa berkenaan selama 30 hari mulai 1 Disember ini dalam semangat ‘strategic partnership’ hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun, tahun depan.

Pengecualian itu tambahan kemudahan sedia ada yang dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan negara-negara lain di Asia Barat.