RINGGIT dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2024, terutamanya pada separuh kedua tahun berkenaan kepada paras 4.40, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Ahli lembaga MIER, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, antara faktor yang memacu ringgit untuk mengukuh berbanding dolar AS tahun depan adalah kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan kepada 8.0 peratus yang akan memberi hasil tambahan kepada kerajaan dan menambah baik kedudukan fiskal.