Politik baharu ujian capai Visi Penang2030
Iklan
PENGGAL ini adalah penggal kedua bagi Chow Kon Yeow menggalas tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada 21 November lalu, genap 100 hari pembentukan kerajaan negeri yang baharu selepas Kon Yeow mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 13 Ogos, sehari selepas pilihan raya negeri (PRN) ke-15 berakhir.