Orang lain yang bermadu, orang lain yang tanggung bisa

Iklan
Foto hiasan 123RF

MERAK Jalanan hairan dengan sikap orang kita.

Kalau ada kisah orang bermadu yang tiba-tiba tular dekat media sosial, pasti yang jadi sasaran si suami yang tidak tahu pucuk pangkal ceritanya.

Iklan
Iklan

Sama dengan kisah kawan Merak Jalanan.

Ceritanya, dia baru sahaja pulang ke kampung dari utara tanah air selepas menghabiskan cuti hujung minggu. Tidak lama, hanya dua hari satu malam.

Iklan

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, secara tiba-tiba isterinya membuka cerita tentang seorang pempengaruh yang sering memberi nasihat tentang agama.

Isteri pempengaruh itu juga kerjayanya sama.

Iklan

Pendek cerita, pasangan itu menjadi dambaan pengikut.

Bersungguh isteri kawan Merak Jalanan bercerita sehinggalah memasuki bab disihir oleh seorang wanita yang dikatakan sebagai penyondol - istilah yang digunakan oleh kaum wanita bagi menggambarkan wanita yang mengganggu rumah tangga orang lain.

Akhir bab cerita, si suami itu berkahwin dengan wanita yang dikatakan sebagai penyondol itu.

Bukan kisah itu yang ingin diceritakan tetapi selepas berakhirnya penjelasan sinopsis pendek kisah dua pempengaruh itu, isteri kawan Merak Jalanan terus memberi kata dua;"Orang lain boleh. Abang jangan nak buat perangai.

Jangan tiba-tiba kata kena penyakit ain (disihir)”.

Otak kawan Merak Jalanan itu terus jem dibuatnya walaupun jalan raya pada malam itu lancar biarpun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Sudahnya, orang lain yang buat perangai, orang lain yang jadi mangsa. Orang lain yang bermadu, orang lain yang tanggung bisa.

Kisah kawan Merak Jalanan itu antara kisah yang dihadapi oleh si suami di Malaysia tatkala ada sahaja kisah melibatkan poligami tular.

Jalan ceritanya hampir sama bagi setiap pasangan terutamanya suami.

Buat golongan isteri, Merak Jalanan bukanlah seorang kaunselor rumah tangga tetapi simpatilah dengan si suami kerana setiap kali ada kisah bermadu, mereka sering dijadikan punching bag melepaskan geram anda.

Kesian...