Timbang prestasi pekerja, kewangan syarikat sebelum laksana - MEF
Iklan
SHAH ALAM - Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara sebelum melaksanakan Dasar Gaji Progresif, termasuk prestasi pekerja, kemahiran yang diperakui dan kewangan syarikat.
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan kini sedang berusaha keras untuk menangani kenaikan kos yang tinggi berikutan penetapan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei 2022 dan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 pada 1 Januari lalu.