Gencatan senjata diharap akhiri perang, keganasan ke atas rakyat Palestin - Hamas

Iklan
Orang ramai menerima bantuan makanan di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada Ahad. - Foto Xinhua

PASUKAN pejuang Hamas dari Palestin berharap perang dan keganasan akan dihentikan ke atas rakyat Palestin, kata pemimpin Hamas, Ghazi Hamad kepada portal berita Al Jazeera.

"Saya fikir terdapat sokongan yang baik daripada kerajaan Qatar dan Mesir... bahkan dari kerajaan-kerajaan Barat juga. Kesemua mereka mahu gencatan senjata dilaksanakan,” ujar Ghazi lagi.