Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan dua hari lagi

Iklan
Rakyat Palestin berjalan dalam runtuhan kemusnahan di bandar Gaza. - Foto AFP.

GAZA - Qatar pada Isnin mengumumkan bahawa jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jeda kemanusiaan selama empat hari yang berkuat kuasa pada Jumaat lalu dilaksanakan selepas pencerobohan rejim Israel terhadap wilayah yang dikepung sejak 7 Oktober.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengalu-alukan inisiatif berkenaan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Kementerian itu memuji usaha diplomatik Qatar dengan kerjasama Mesir dan Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai tujuan ini.

Iklan

Jurucakap Kementerian, Sufyan Qudah berkata kepentingan lanjutan berkenaan disifatkan sebagai langkah penting ke arah menamatkan perang di Semenanjung Gaza serta memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan di semua kawasan terjejas.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15,000 orang awam terbunuh, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 cedera. - Bernama.

Iklan