Pembekuan aset Aman Palestin, SPRM sedia dedah di mahkamah

Iklan
AZAM BAKI

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mendedahkan kepada mahkamah justifikasi pembekuan aset Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

Tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, suruhanjaya itu menjalankan siasatan secara profesional dan adil tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan pembekuan aset berdasarkan Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang.

"Ia adalah tindakan yang biasa dijalankan dalam mana-mana siasatan sekiranya ada keperluan.

Iklan

"Ingin ditegaskan SPRM telah dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk menyiasat secara adil dan tegas sebarang isu penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa, terutamanya kes berkepentingan awam yang melibatkan ketirisan dana," katanya.

Aman Palestin memberi tempoh tiga hari bermula Isnin untuk SPRM menyahbekukan akaun badan itu yang dibekukan sejak 22 November lalu.

Iklan

SPRM pada Rabu lalu dilapor membekukan sebanyak 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain.

Tindakan SPRM itu susulan dakwaan pihak terbabit menyalah guna wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2023.

Siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Jumlah keseluruhan wang sumbangan orang ramai kepada pihak terlibat adalah sebanyak RM15.86 juta.