[VIDEO] Wahab didenda RM5,000 kemuka tuntutan palsu bantuan banjir

Iklan

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mengemukakan borang bantuan banjir mengandungi maklumat palsu pada April tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Wahab Idris, 64, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Iklan
Iklan

Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Selasa atas dakwaan mengemukakan borang bantuan banjir mengandungi maklumat palsu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga bekas pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPPK) didakwa menipu pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan memperakui dan menandatangani borang pengesahan daftar nama penerima bantuan ihsan.

Iklan

Tertuduh didakwa menandatangani sebagai penyemak kepada Master List Pengesahan Senarai Nama Penerima Wang Ihsan Kumpulan Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) Negeri Terengganu Tahun 2021/2022 mengandungi nama anak tertuduh yang tidak layak menerima bantuan itu.

Dengan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun yang sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut mengarahkan Abdul Wahab dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md Nasir.