Kalau belum ajal...

Iklan
Mangsa yang memandu van yang terbabas melanggar tiang telekomunikasi ini berjaya menyelamatkan diri keluar dari kenderaan, dalam kejadian di Jalan Charleton, Taman Cherry, Ipoh, malam tadi. - Foto Ihsan JBPM Perak

IPOH - Seorang pemandu lelaki berjaya menyelamatkan diri apabila van jenis Ford yang dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Charleton, Taman Cherry, di sini, lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang berusia 58 tahun, yang melanggar tiang telekomunikasi lalu terbabas.

Iklan
Iklan

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.54 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah van telah terbakar sebanyak 90 peratus.

"Bagaimanapun, seorang mangsa lelaki berjaya menyelamatkan diri keluar dari kenderaan itu setelah terbabas," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Iklan

Justeru, katanya, ketua operasi melakukan konsep 'receo' dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula bersumberkan air dari jentera bomba.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhurazi Johari itu tamat pada jam 11.53 malam. - Awani.

Iklan