Penganjur Pesta Loy Krathong di Bachok langgar syarat permit

Iklan
Konsert yang diadakan sempena Pesta Loy Krathong di Bachok.

KOTA BHARU - Pihak penganjur Pesta Loy Krathong di Bachok disiasat selepas dipercayai melanggar syarat permit kerana menampilkan penyanyi wanita bersama penari berpakaian seksi dalam konsert di pesta itu pada Jumaat lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Bachok meluluskan permit untuk penganjuran majlis keagamaan itu pada September lalu selepas menerima permohonan daripada penganjur pada Jun.

Iklan
Iklan

"Pesta itu tertutup dan bukan untuk Muslim tetapi dipercayai sudah melanggar syarat permit kerana ada penyanyi dari Thailand yang berpakaian seksi membuat persembahan selain kehadiran orang Islam.

Hilmi ketika menghadiri Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama DUN Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim pada Selasa.

"Kami menjalankan siasatan dan jika penganjur terbukti bersalah melanggar peraturan permit maka denda akan dikenakan tidak melebihi RM10,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau yang juga ADUN Guchil, pihaknya sudah memanggil penganjur untuk mendapatkan keterangan sejurus rakaman konsert tersebut tular pada Khamis lalu.

Sebelum itu, rakaman berdurasi 30 saat itu mencetuskan perdebatan hangat di seluruh platform media sosial kerana seolah-olah bercanggah dengan pendirian kerajaan negeri terutama berdasarkan kritikan Pas sebelum ini berkait persembahan artis antarabangsa baru-baru ini.

Iklan

Akhbar sebelum ini melaporkan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menggesa pentadbiran negeri pimpinan Pas itu menyiasat penganjuran konsert berkenaan.

Ketuanya, Nor Azmiza Mamat berkata, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan kerana jelas ia melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.