Pesara tentera temui ajal selepas beli sarapan

Iklan
Lokasi kemalangan maut membabitkan tiga motosikal. Gambar kecil: Sulaiman

MELAKA - Seorang pesara tentera tidak sempat menjamu sarapan selepas maut dalam kemalangan di Jalan Solok Duku Masjid Tanah, Alor Gajah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi, mangsa, Sulaiman Saleh, 61, yang menunggang motosikal Honda dari Kampung Londang meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, berdasarkan laporan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di bahu jalan telah membuat pusingan U selepas membeli makanan di sebuah warung di tepi jalan.

Menurutnya, bagaimanapun sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Masjid Tanah menghala ke Sungai Udang gagal mengelak lalu melanggar sisi kanan motosikal warga emas itu.

Iklan

"Kemalangan membabitkan tiga motosikal dan berlaku apabila mangsa membuat pusingan U.

Salah sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu.

"Impak pelanggaran itu, mangsa tercampak ke arah bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal jenis Honda Ex5 ditunggang seorang lelaki berusia 32 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, pemuda pertama yang melanggar mangsa dan bekerja sebagai kontraktor Petronas mengalami patah tangan, manakala seorang lagi luka-luka pada anggota badan.

"Mereka yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik bagi proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.