Marahkan Tok Ram, tapi mesej Alyah

Iklan
Alyah dan suaminya, Ramli MS.

PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa geram dengan tindakan segelintir individu yang bertindak menghantar mesej ketidakpuasan hati terhadap suaminya, Datuk Ramli MS kepadanya.

Bukan berkaitan isu peribadi, sebaliknya berkaitan penjurian Ramli MS terhadap peserta All Star Gegar Vaganza (ASGV).

Iklan
Iklan

Tegas Alyah, sepatutnya sebarang isu berkaitan penjurian suaminya itu dibuat terus kepada Ramli MS dan bukan kepadanya.

"Tolong jangan babitkan saya. Tahukan Instagram Tok Ram? Haa... mesej je terus. Saya kat rumah tak kacau orang pun,” luahnya menerusi Insta Story.

Iklan

Tambah pelatun Tak Mungkin Kerna Sayang itu, biarpun mereka pasangan suami isteri, tetapi Alyah sama sekali tidak mencampuri urusan kerja Ramli MS.

Kenyataan Alyah menerusi Insta Story.

"Memang Tok Ram (panggilan buat Ramli MS) suami saya, tapi kami bukan kembar siam ya. Tak adalah semua benda saya nak kena ambil tahu.

Iklan

"GV pun jarang pergi. Tolonglah matang sikit. Ada yang lebih penting daripada hal ini,” ujarnya yang tidak teragak-agak untuk berkongsi tangkap layar mana-mana individu yang meluahkan kemarahan terhadap Ramli MS, tetapi melaluinya.

Alyah turut berkongsi tangkap layar mesej daripada seorang individu dipercayai peminat Aliff Aziz, yang mempertikaikan penjurian Ramli MS terhadap penyanyi kesayangannya itu.

"Nak tanya apa masalah Tok Ram setiap minggu komen buruk-buruk kat Aliff, tak sekali pun puji Aliff. Memang macam ini ke nak keluarkan Aliff,” tulis individu tersebut.