Terlebih makan, hilang kemanisan beribadah

Iklan
USAH berlebih-lebihan ketika makan dan minum. -Gambar hiasan/ Foto: Pexels

TIDAK dinafikan, memang ada orang yang jenis makan banyak. Terdapat pula yang hanya menyantap dalam kuantiti kecil sahaja, sudah kenyang.

Begitulah situasi yang dapat kita lihat daripada insan di sekeliling. Barangkali keperluan masing-masing tidak sama. Apa pun semuanya bergantung kepada perut sendiri.

Iklan
Iklan

Paling sukar untuk diterima oleh akal apabila melihat orang ambil makanan dalam kuantiti banyak. Ada yang berpinggan-pinggan jugalah menjamah hidangan bagaikan tiada hari esok.

Ketahuilah bahawa ALLAH SWT tidak suka orang yang melampau-lampau termasuklah dalam soal makan.

Iklan

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum makan dan minum pada asasnya adalah harus.

USTAZ AZHAR IDRUS

Iklan

ALLAH SWT berfirman:"...Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya, ALLAH tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Bagi menjelaskan maksud berlebihan itu, Ustaz Azhar Idrus memberikan contoh mudah untuk kita memahaminya.

"Kalau kita minum air segelas itu dipanggil harus (hukumnya). Ini air itu (banyak sehinggakan) boleh mandi junub pula.

"Itulah yang dipanggil sebagai melampaui batas. Mengertilah, ALLAH tidak suka orang yang melampau-lampau.

"Ingatlah, siapa yang (sudah) kenyang, (tetapi) makan lagi (sebab) sedap punya pasal, ALLAH benci (cara) makan seperti itu,” tegasnya.

BERPADA-PADALAH ketika makan dan mengambil hidangan agar tidak berlebih-lebihan serta memudaratkan diri sendiri. -Gambar hiasan

Ia bukanlah bermaksud ALLAH SWT melarang kita daripada makan sedap, tetapi sebaiknya bersederhanalah, ungkapnya.

"Ini kerana pakar-pakar menyatakan perut punca menyebabkan banyak penyakit.

"Boleh makan sedap, jangan makan banyak,” pesannya.

Dalam hal itu, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Jangan ambil tindakan yang membahayakan diri sendiri atau orang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad)

"Beliau berhujah, ia termasuk membazir harta dan merosakkan badan.”

Justeru, beringatlah ketika bersantap. Jangan makan berlebih-lebihan.

Sebelum menutup kalam, Sinar Islam teringat pesanan yang pernah dititipkan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ketika menemu bualnya sebelum ini.

HILANG kemanisan beribadah, sukar menghafal dan malas beribadah antara kesan apabila seseorang terlalu banyak makan. -Gambar hiasan

Jelas beliau, terdapat enam ‘penyakit’ bakal dihadapi apabila seseorang itu terlalu kenyang, sebagaimana dinukilkan oleh Sheikh Abu Sulaiman al-Darani

Ia termasuklah hilang kemanisan beribadah, sukar menghafal, kurang rasa simpati pada orang lain, malas beribadah, meningkatkan hawa nafsu dan kerap ke tandas.