PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MoF) bersetuju dengan permohonan Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi tujuan kelonggaran dokumen pembuktian sumbangan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Sehubungan itu, KLN dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran dokumen pembuktian bagi tujuan potongan cukai ke atas sumbangan kepada AAKRP adalah bagi tempoh 9 Oktober sehingga AAKRP ditutup.
"Selain resit rasmi Kerajaan, dokumen-dokumen yang dijana melalui perbankan elektronik juga akan diterima pakai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan menuntut potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 ke atas sumbangan yang dibuat kepada AAKRP,” kata kenyataan itu.
"Pindahan tunai secara elektronik melalui e-dompet; Pindahan wang tunai melalui Interbank Giro; Telegraphic Transfer; dan Real Time Electronic Fund and Securities System (RENTAS),” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, para penyumbang diminta menyimpan bukti transaksi sumbangan selaras dengan keperluan di bawah Seksyen 82(A) ACP 1967.
KLN turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk membantu rakyat Palestin melalui AAKRP. - Bernama