Bapa bayi rentung nahas kereta kini kritikal

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

KOTA BHARU - Bapa kepada bayi yang maut dalam kebakaran kereta, pada Isnin kritikal dan dipindahkan dari Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, melecur seluruh tubuh selepas kereta Honda Jazz yang dinaiki bersama isteri serta bayinya terbakar.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, mangsa cedera parah akibat merempuh pembahagi jalan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang.

Kamarulzaman memberitahu, mangsa yang dipindahkan ke HRPZII atas permintaan keluarga kini dalam pemantauan rapi pakar perubatan.

Iklan

"Mangsa kini menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya.

Beliau memberitahu, isteri mangsa pula, Nur Hafisah Razni, 25, cedera ringan dan mendapatkan rawatan tetapi sudah dibenarkan pulang.

Iklan

Media pada Isnin melaporkan seorang bayi ditemukan rentung berhampiran kereta Honda Jazz yang dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbakar selepas melanggar pembahagi jalan.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.40 pagi mengakibatkan bapanya cedera parah.