Pindaan RUU Kesatuan Sekerja tidak cukup melindungi pekerja - Gerakan

Iklan
Pindaan RUU Kesatuan Sekerja yang dianggap tidak mencukupi untuk melindungi hak pekerja, malah mungkin memburukkan keadaan mereka. - Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Dominic)

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengkritik pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja yang dianggap tidak mencukupi untuk melindungi hak pekerja, malah mungkin memburukkan keadaan mereka.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berpendapat kebebasan pekerja untuk menyertai kesatuan sepatutnya dianggap sebagai hak, bukan sebagai 'kehendak'.

Iklan
Iklan

Dominic menekankan bahawa matlamat pindaan adalah untuk membolehkan kepelbagaian kesatuan pekerja, namun ini boleh menyebabkan pertindihan dalam bidang kuasa kesatuan dan persaingan yang tidak wajar.

Beliau menyatakan kerisauan mungkin berlaku pemisahan yang tidak diingini, membawa kepada pekerja dikawal oleh golongan kapitalis.

Iklan

"Walaupun perlembagaan menjamin kebebasan berpersatuan, saya memberi amaran bahawa kebenaran menubuhkan lebih dari satu kesatuan sekerja boleh membawa kepada 'pemusnahan kesatuan'.

"Pelbagai kesatuan boleh menyebabkan persaingan sengit dan konflik, malah membolehkan majikan menubuhkan kesatuan palsu, melemahkan kesatuan yang berjuang untuk hak pekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dominic sebaliknya mencadangkan pendaftaran automatik pekerja baharu ke dalam kesatuan pekerja dengan pilihan pengecualian.

Menurutnya, keahlian kesatuan pekerja masih di bawah 10 peratus daripada keseluruhan pekerja berdaftar di Malaysia, dan fenomena ini tidak boleh diabaikan.

"Pendaftaran automatik memberi peluang kepada pekerja muda memahami hak mereka," ujarnya.

Beliau juga menyeru hak perlindungan pekerja industri gig, termasuk dalam bidang P-hailing dan e-hailing dengan syarikat bidang tersebut harus menyumbang kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dominic menegaskan pindaan ini tidak sejajar dengan hak-hak pekerja dan menyeru kerajaan mempertimbangkannya semula, menempatkan hak-hak pekerja sebagai keutamaan semasa meminda undang-undang.

"Jika tidak, pindaan ini secara langsung melanggar hak-hak asasi pekerja," tambahnya.