KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di sebuah tali air dekat Kampung Derdap di sini pada 6.53 petang Selasa.
Menurut sumber Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, mangsa Mohd Rifki Asyraf Mohd Reduan diberikan bantuan pernafasan secara resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebaik pasukan mencari menjumpainya di kawasan terbabit.