SINGAPURA - Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Isnin bahawa ia sedang menyiasat video yang memaparkan seekor tikus terbaring di atas dulang makanan sebuah pusat makanan di Orchard Road, lapor portal Berita Mediacorp.
Dalam video yang sedang tular itu, tikus tersebut sedang terbaring atas dulang makanan di Tangs Market.
Kelihatan juga makanan di atas dulang tersebut kelihatan tidak dimakan.
Tidak lama kemudian, tikus tersebut menggerakkan kakinya yang menarik perhatian para pelanggan di pusat makanan itu.
Bagaimanapun, ia tidak jelas bila video itu dirakamkan.
Dalam respons kepada soalan Mediacorp pada Isnin, SFA menyatakan ia sedang menyiasat perkara tersebut.
"Keselamatan makanan adalah tangunggjawab bersama.
"Walaupun SFA menetapkan dan menguatkuasakan langkah-langkah pengawalseliaan, pengendali makanan harus memainkan peranan mereka dengan mematuhi kebersihan makanan dan proses menyediakan makanan yang baik.
"SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang tidak bertanggungjawab," katanya - Agensi