PM terima kunjungan Naib Presiden Indonesia

Iklan
Anwar (kiri) menerima kunjungan Ma'aruf mewakili Presiden Indonesia sempena Forum Perniagaan Muslim Global pada Selasa. - Foto Bernama

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Naib Presiden Republik Indonesia, Dr Ma’ruf Amin di sebuah hotel terkemuka di sini malam Selasa.

Anwar berkata, perkara yang dibincangkan ialah langkah untuk mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun selain pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama antaranya pelaburan, perdagangan serta tenaga kerja Indonesia.

Iklan
Iklan

"Kami juga senada untuk memastikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara dapat diselesaikan sesegera mungkin," menurut beliau dalam kenyataan selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit pada pertemuan itu.

Perdana Menteri berkata, Ma'ruf turut menyentuh isu Palestin dan memaklumkan bahawa Hospital Indonesia di Gaza terpaksa dikosongkan selepas diserang rejim Zionis Israel.

Iklan

"Dalam pertemuan ini, Bapak Ma’ruf Amin turut memuji Kerajaan Madani yang kini bertambah kukuh dan stabil seraya berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.

Anwar (kanan) bersama Ma'aruf (tengah) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) pada Majlis Makan Malam sempena GMBF 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, pada Selasa. - Foto Bernama

"Doakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, insya-ALLAH," katanya.

Iklan

Selepas pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menghadiri makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dijadual menyampaikan ucaptama perasmian pada majlis tersebut.

Edisi kedua GMBF, yang berlangsung mulai hari ini hingga 30 November, adalah bertujuan merapatkan hubungan perniagaan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan dan perkongsian yang lebih kukuh di seluruh dunia. - Bernama