Sembilan terperangkap dalam runtuhan di tapak pembinaan

Iklan
Sembilan individu dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak pembinaan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

BAYAN LEPAS - Sembilan individu dikhuatiri terperangkap dalam satu kejadian runtuhan bangunan di tapak pembinaan sebuah bangunan berhampiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini.

Menurut pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Timbalan Penguasa Bomba II Azrul Khairi Abu Bakar, kejadian berlaku pada jam 9.58 malam Selasa.

Iklan
Iklan

Katanya, sembilan mangsa telah terperangkap, namun status mereka belum diketahui.

Ketika ini, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

AKAN MENYUSUL