PROTON Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Dr Li Chunrong berkata, S70 turbo 1.5 liter didatangkan dalam empat varian iaitu eksekutif, premium, flagship dan flagship X.
Harga bagi model eksekutif bermula daripada RM73,800, premium daripada RM79,800, flagship daripada RM89,800 dan flagship X daripada RM94,800.
"Segmen-C S70 pada harga kompetitif dan menawarkan lebih banyak ruang, ciri dan teknologi terkini.
"Strategi kami adalah untuk meraih lebih banyak volum memandangkan kami perlu menyokong pekerja dan ekosistem kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran S70 oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini pada Selara.
Beliau berkata, varian lain juga akan mendapat permintaan berikutan harga yang kompetitif dan menjangkakan sekurang-kurangnya 5,000 tempahan menjelang akhir tahun ini.
Berhubung pengembangan ke pasaran ASEAN, Chunrong berkata, Thailand dan Indonesia mempunyai saiz pasaran yang luas, tetapi turut berdaya saing dari segi penembusan.
"Sehubungan itu, Proton akan turut meninjau pasaran di luar ASEAN,” katanya.
Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah berkata, pada masa ini pengeluar kereta nasional itu mengeksport ke 15 negara antaranya Afrika Selatan, Pakistan, Kenya dan Brunei.
"Kami sedang meneroka lebih banyak negara untuk eksport seperti Asia Tengah, dan berhasrat menambah sekurang-kurangnya lima negara lagi bagi pasaran eksport kami.
Roslan berkata, volum eksport masih rendah iaitu kira-kira 2,500 unit tahun ini berikutan penyusutan permintaan dari Pakistan akibat kelembapan ekonomi.
Pakistan pada mulanya memaklumkan untuk mengimport kira-kira 10,000 unit pada 2023, katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata, S70 membolehkan Proton untuk kembali ke pasaran sedan kompak segmen-C selepas mencatat kejayaan bagi model kenderaan utiliti sukan.
Beliau berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di ASEAN yang mempunyai dua pengeluar peralatan tulen (OEM) dalam negara.
"Setakat akhir Oktober, jumlah volum industri (TIV) kita telah meningkat sebanyak 11.6 peratus berbanding 2022. Dengan tempoh berbaki lebih sebulan sahaja lagi untuk tahun ini, kami berada di landasan untuk melepasi rekod volum sepanjang masa yang ditetapkan pada tahun lepas.
"Saya juga sedia maklum bahawa Proton menjadi antara pengeksport utama kenderaan di Malaysia. Walaupun jumlahnya agak kecil, permintaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kepada Proton adalah untuk melihat pengembangan yang pesat susulan pengenalan model baharu seperti S70,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, industri automotif Malaysia telah menyumbang lebih RM30 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan output pengeluaran tahunan melebihi 500,000 kenderaan.
"Jika kita melihat industri ini dalam konteks seluruh ekosistemnya, sumbangan industri adalah lebih besar, menyumbang kira-kira 4.0 peratus daripada KDNK Malaysia. Menjelang 2030, sasaran kami untuk mencapai RM104.2 bilion dari segi sumbangan KDNK dengan jumlah pengeluaran 1.47 juta unit kenderaan.
"Kami berhasrat supaya angka ini sebahagiannya disumbangkan oleh kenderaan cekap tenaga,” katanya.
Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa strategi meluas Malaysia adalah bagi memanfaatkan prospek pertumbuhan kenderaan elektrik (EV).
Pasaran EV ASEAN bernilai hampir AS$500 juta (RM2.3 bilion) pada 2021 dan diunjurkan mencapai AS$2.7 bilion (RM12.6 bilion) menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) hampir 33 peratus daripada 2022 hingga 2027.
"Saya gembira apabila mendapat tahu Proton sedang memuktamadkan teknologi EV, dan sesuatu yang mengujakan akan tiba tidak lama lagi.
"Ini sangat memberi manfaat apabila kerajaan menunjukkan komitmen sepenuhnya untuk menyokong ekosistem EV yang teguh di negara ini dan menjadikan mobiliti hijau sebagai sebahagian daripada pengangkutan utama kami,” katanya. - Bernama