‘Hasil survei ditentukan secara realiti, bukan persepsi’

Iklan
Muhammad Rafique (kanan) pada Wacana ke-422 yang membincangkan tajuk Selepas Setahun Anwar PM. Turut serta dari kiri: Ismail, Fakhrurrazi dan Iswardy. - Foto SINAR HARIAN/ ASRILASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM- Hasil survei yang dilakukan oleh Merdeka Center menunjukkan rakyat menilai pencapaian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara realiti dan bukan berdasarkan persepsi semata-mata.

Pemerhati politik, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, menerusi situasi yang berlaku dalam negara, rakyat lebih bijak menilai prestasi setiap pemimpin di dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu seperti ekonomi dan kos sara hidup antara yang menjadi keutamaan rakyat dan ia dinilai menerusi kejayaan kerajaan menangani masalah tersebut.

"Bercakap mengenai realiti, rakyat mengalami kesengsaraan untuk menyediakan makanan di atas meja makan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi dan ia bukan persepsi.

Iklan

"Mereka (rakyat) melihat realiti sebenar yang berlaku selama setahun pemerintahan Kerajaan Madani di negara ini.” katanya dalam Wacana Siri 422 yang bertajuk ‘selepas setahun Anwar PM’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Turut hadir Setiausaha Kerja Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni dan Pegawai Penyelidik Kanan Merdeka Center, Fakhrurazzi Rashid.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Muhammad Rafique, kesan terhadap laporan kaji selidik itu berkemungkinan mampu memecahkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Jelasnya, populariti yang diraih oleh Anwar daripada 68 peratus jatuh kepada 50 peratus menunjukkan prestasi Presiden PKR itu kurang memberangsangkan.

"Kejatuhan peratusan terhadap Perdana Menteri jelas menunjukkan prestasi beliau kurang memberangsangkan.

"Rakyat melihat dan segala janji yang ditabur itu kini dituntut oleh orang ramai. Sudah tentu masyarakat akan memberi respon kepada perkara ini.

"Saya yakin hasil dapatan kajian daripada Merdeka Center mampu memecahkan sokongan terhadap Perdana Menteri," ujarnya.