TELANGANA - Seorang lelaki nekad membakar kekasihnya dengan menuangkan minyak tanah sebelum bertindak dengan cara yang sama pada tubuhnya sehingga menyebabkan mereka berdua melecur dalam kejadian di Vikarabad, Telangana kelmarin.
Menurut polis Vikarabad, mangsa lelaki yang dikenali sebagai Narasimhulu mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya Anjalamma sejak beberapa tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Kedua-dua mereka telah berkahwin dan hubungan itu ditentang keluarga mereka. Sejak beberapa hari lalu, Anjalamma mengabaikan Narasimhulu sehingga menyebabkan Narasimhulu berang bertindak pergi ke rumah kekasihnya itu di daerah Vikarabad sebelum berlaku pergaduhan melibatkan ibu bapa Anjalamma.
"Narasimhulu yang membawa minyak tanah bertindak menuangkannya ke atas Anjalamma dan membakarnya, kemudian menuangkan minyak tanah ke atas dirinya sendiri dan membakar diri. Narasimhulu mengalami kecederaan melecur 90 peratus manakala Anjalamma menerima 80 peratus kecederaan terbakar," katanya.
Polis menambah kedua-duanya dipindahkan ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun meninggal dunia semasa menjalani rawatan.
"Bapa dan ibu Anjalamma turut menanggung 30 peratus hingga 40 peratus kecederaan terbakar ketika cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa dan menjalani rawatan di hospital. Kes telah didaftarkan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan India (IPC) terhadap tertuduh dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata pegawai polis itu. - Agensi.
Artikel Berkaitan