Impak positif pemain import NSL

Iklan
Aksi pemain Johor Jewels, An Najwa Azizan (depan, kiri) ketika menentang KL Wildcats dalam saingan NSL 2023 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto Facebook NSL

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada seluruh peminat sukan bola jaring tanah air dan pembaca Sinar Harian.

Netball Super League (NSL) 2023 yang menutup tirai awal bulan ini memberi impak positif buat arena bola jaring negara.

Iklan
Iklan

Kejohanan edisi ketiga itu membuka dimensi baharu apabila para peminat disajikan dengan aksi dramatik hasil gabungan pemain tempatan serta tenaga import bertaraf dunia.

Kehadiran pemain luar negara itu menjadikan NSL 2023 begitu hangat untuk diperkatakan dan sentiasa menjadi buruan peminat untuk menonton menerusi siaran Astro dan membanjiri Stadium Juara, Bukit Kiara setiap hujung minggu.

Iklan

Kelibat pemain Uganda yang bersama KL Wildcats dan Perak Phoenix sentiasa menjadi bualan, selain kehadiran pemain daripada Afrika Selatan serta Sri Lanka untuk Johor Jewels.

Terengganu Marvels membawa masuk dua pemain dari Thailand, manakala seorang pemain Brunei untuk Negeri Sembilan Venom serta seorang pemain Singapura mewakili Putrajaya Dynamites.

Iklan

Selangor Angels dan Pahang Tulips menaruh kepercayaan kepada barisan pemain tempatan sepenuhnya.

Gabungan pemain senior, atlet remaja dan bakat-bakat baharu dalam pasukan juga menunjukan satu sketsa baharu dalam dunia bola jaring tanah air.

An Najwa Azizan, Nurfariha Abdul Razak, Pow Mei Foong, Nur Syafazliana, Karishma Loganathan,Siti Maisarah Affandi, Nordiyanah Sabadinee dan Noramirah Dayana Noor Azhar adalah antara pemain tempatan yang menjadi perhatian musim ini.

Empat pemain Uganda yang bertaraf dunia dibawa masuk oleh Wildcats iaitu Nassanga Shadiah Ssegujja dan Nalwanja Shaffie, manakala Perak Phoenix pula dengan kehadiran Kadondi Falidah serta Namulumba Christine Kango.

Rekod pemain paling tinggi pula dipegang oleh Arirak Ampharat yang berketinggian 198 sentimeter untuk Marvels bersama Sirima Samnaree dari Thailand.

Pelbagai aksi dan gaya pemain juga mencuri perhatian termasuk lay up shot yang sering dilakukan oleh Christine Kango sangat menghiburkan penonton.

Ketinggian yang dimiliki sangat membantunya untuk melakukan jaringan tanpa tekanan. Kehebatan hadangan Nalwanja Shaffie dan Kadondi Falidah juga sering menjadi kejutan buat penonton.

Tidak dilupakan pemain-pemain muda yang sangat berbakat dan berpotensi iaitu Siti Nur Hidayatul Akhma dari Wildcats.

Dia sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan walaupun baru berusia 17 tahun.

Menutup tirai NSL 2023 Jewels mempertahankan kejuaraan setelah menewaskan Wildcats 47-43.

Edisi yang penuh warna-warni perjuangan setiap pasukan untuk memburu kejuaraan. Tahniah Astro Arena dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM). Jumpa lagi untuk NSL 2024!

Aminah Asaari

Pengulas Sukan NSL 2023

Jurulatih Bola Jaring Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan

Fasilitator Jurulatih Bola Jaring Kebangsaan

Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan Bola Jaring MSSM