BARCELONA bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Porto 2-1 dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada Rabu.
Pemain sayap Brazil, Pepe meletakkan Porto di hadapan pada minit ke-30 tetapi gandingan Joao Cancelo dan Joao Felix masing-masing meledak gol untuk memastikan kemenangan Barca di laman sendiri.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan kendalian Xavi Hernandez tidak akan menghadapi penyingkiran peringkat kumpulan yang memalukan seperti yang berlaku dalam dua musim lalu.
"Hari ini kami sangat gembira, ia satu langkah penting dalam projek itu dan ia sangat positif untuk kelab.
"Ia penting kerana pasukan telah berkembang dan kami menewaskan pasukan yang sangat bagus. Ia adalah hari untuk berpuas hati," kata Xavi.
Kekalahan kepada Shakhtar Donetsk di Hamburg dalam perlawanan Liga Juara-Juara mereka sebelum ini membuatkan Barca perlu menang selain persembahan buruk di liga domestik menambah tekanan mereka.
Walaupun dibolosi terlebih dahulu, Cancelo pantas menyamakan kedudukan dan dia melakukan bantuan gol untuk Felix pada separuh masa kedua untuk kemenangan bagi menggembirakan penyokong Barca di Stadium Olimpik.
"Ia adalah perlawanan penting dan kami memenanginya... kami telah meletakkan kelab dalam kelompok 16 terakhir," kata Cancelo.