[VIDEO] Pembantu farmasi didakwa bunuh adik OKU

Iklan

SUNGAI PETANI - Seorang pembantu farmasi didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan membunuh adik kandung yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) baru-baru ini.

Tertuduh, Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36, yang merupakan anak kedua dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian adiknya Nur Fatin Mohd Sani, 29 tahun yang merupakan anak ketiga dari lima beradik.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani membunuh adik kandung yang juga merupakan OKU.

Perbuatan itu dilakukan pada 6 November 2023 jam lebih kurang 5.30 petang sehingga 20 November 2023 jam lebih kurang 11.30 pagi di sebuah rumah di Residensi PR1MA Bandar Puteri Jaya di sini.

Iklan

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum gantung hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Nur Syuhaidah mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik.