Israel tewas dalam operasi psikologi peperangan - Pakar

Iklan
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Parlimen Kanada gesa gencatan senjata kekal di Gaza. - Agensi (Gambar kecil: Noor Nirwandy)

KUALA LUMPUR - Israel dilihat gagal dalam operasi psikologi dan perang saraf komunikasinya dalam perang Palestine-Israel.

Menurut Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknolohi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, kebangkitan aplikasi media sosial yang mencetuskan algoritma dan elemen-elemen kemanusiaan di Gaza memberi tekanan yang besar kepada Israel secara keseluruhan.

Iklan
Iklan

"TikTok telah menjadi elemen signifikan dalam peperangan Gaza dan Israel serta perkongsian di TikTok ini telah melangkaui jangkaan yang besar. Kerana disini berlaku tekanan dan memberi salah satu bentuk penumpuan ataupun bias, kepada elemen-elemen perjuangan dan kemanusian Hamas, dan Palestin," ujarnya ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada Rabu.

Selain itu, tekanan tersebut secara tidak langsung memaparkan imej kekejaman Rejim Zionis Israel yang menolak sifat manusiawi dalam konflik berkenaan.

Iklan

Tambahnya lagi, oleh kerana kegagalan mengawal operasi psikologi peperangan ini, Israel berdepan kecaman global apabila rata-rata masyarakat dunia termasuk di masyarakat di negara Barat mengutuk penindasan bertubi terhadap rakyat Gaza.

"Algoritma-algoritma ini telah membuak dan di sinilah berlaku satu perkara yang mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini, demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia yang dikongsikan di media sosial.

Iklan

"Hingga kita lihat negara kuasa-kuasa besar seperti di Britain, walaupun Perdana Menterinya menyokong Israel tapi rakyatnya menyatakan ini bukan pendirian mereka mereka," katanya.

Beliau juga berkata, susulan tekanan dan pendirian sifat kemanusian yang kuat oleh masyarakat global, Israel secara keseluruhannya gagal untuk mendepani masalah ini.

"Ini adalah hak mereka (masyarakat global) untuk menyatakan berlaku penindasan dan kekejaman untuk rakyat di Gaza yang menindas rakyat Gaza dengan sekeras-kerasnya dan ini telah membuak kepada satu bentuk kuasa rakyat yang mana operasi psikologi Israel dikatakan gagal untuk menampung perkara ini," ujarnya lagi. - Awani