Sultan Selangor berkenan rasmi Acacia di Klang

Iklan
Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan bergambar bersama pihak pengurusan Pacific Senior Living dan tetamu jemputan.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan residensi komuniti warga emas bertaraf premium, Acacia di Bandar Diraja Klang di sini pada Rabu.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn Bhd, Carl Nicholas Isaac berkata, Pacific Senior Living di bawah Columbia Pacific Management Group memperkenalkan Acacia di Klang sebagai residensi warga emas premium pertamanya di Malaysia.

Iklan

Menurutnya, Acacia menampilkan suasana seolah-olah seperti berada di sebuah resort dengan kemudahan perubatan yang terkini dan perkhidmatan premium untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

Acacia menawarkan sejumlah 136 bilik direka teliti, menampilkan tiga susun atur berbeza termasuk pilihan bilik superior, eksekutif dan premier.

"Acacia menawarkan sejumlah 136 bilik direka teliti, menampilkan tiga susun atur berbeza termasuk pilihan bilik superior, eksekutif dan premier (kadar bermula RM8,500 sehingga RM12,000 sebulan).

Iklan

"Kediaman serba moden ini turut menggabungkan elemen yang memberi perhatian kepada perincian seperti kelengkapan dan perabot anti-jatuh serta susun atur ergonomik," katanya.

Selain itu, beliau berkata, residensi itu turut menawarkan pelbagai kemudahan komprehensif antaranya termasuk kolam renang, jakuzi, bilik hiburan, perkhidmatan fisioterapi serta bengkel hobi.

Dalam pada itu, Pacific Senior Living turut memperkenalkan Silver Club iaitu perkhidmatan jagaan harian inovatif dalam memastikan penghuninya mendapat penjagaan menyeluruh dan terlibat aktiviti-aktiviti menarik.

Acacia menampilkan suasana seolah-olah seperti berada di sebuah resort.

"Perkhidmatan unik ini mewujudkan persekitaran yang mesra dan menarik di mana warga emas boleh menikmati pelbagai aktiviti, bersosial dan mendapat penjagaan profesional di bawah satu bumbung," tambahnya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin turut dibawa meninjau keadaan di residensi komuniti warga emas bertaraf premium atau Acacia itu sebelum berangkat pulang.