Dortmund senyapkan pengkritik

Iklan
Terzic

BORUSSIA Dortmund mendiamkan mulut pengkritik apabila gergasi Bundesliga Jerman itu mengesahkan kemaraan dalam Kumpulan Maut Liga Juara-Juara selepas menundukkan AC Milan, 3-1 dalam aksi Kumpulan F di Stadium San Siro pada Rabu.

Anak buah Edin Terzic diundi bersama Paris Saint-Germain (PSG), Newcastle United dan AC Milan, Dortmund memulakan hambar apabila hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan awal.

Iklan
Iklan

Namun Dortmund kemudian selepas itu bangkit memenangi tiga perlawanan berturut-turut untuk memastikan penamat dua teratas Kumpulan F.

"Dan selepas keputusan seri di laman sendiri berdepan Milan, mereka berkata semuanya telah berakhir, namun hari ini kita membuktikan pasukan ini pendahulu kumpulan,” katanya.

Iklan
Iklan

Kemenangan bergaya di Itali, menyaksikan Dortmund mengumpul 10 mata diikuti PSG ( tujuh mata), Newcastle United (lima mata) dan AC Milan (lima mata) selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.