Suri rumah melecur, tiga motosikal terbakar

Iklan
Keadaan motosikal yang terbakar ketika mangsa cuba memadamkannya di Skudai pagi tadi.

JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah melecur tangan kiri dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga buah motosikal di Taman Universiti, Skudai di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Skudai, Surainin Adnan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Salmah Muhammad, 58, cuba memadamkan kenderaan yang terbakar di rumahnya itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira- kira jam 5.55 pagi.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss terbakar 80 peratus.

Iklan

"Selain itu, sebuah motosikal jenis Demak DZM200 terbakar 10 peratus dan sebuah motosikal jenis Yamaha R15 terbakar 10 peratus,” katanya.

Katanya, kesan kebakaran terbabit turut membabitkan sebuah kereta jenis Honda Jazz kira-kira lima peratus.

Iklan

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh pihak bomba. Punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan

"Operasi ditamatkan kira- kira jam 6.33 pagi," katanya.