Pusat khidmat wakil rakyat di Kedah dilengkapi VOIP

Iklan
Mohd Azam ketika sesi penggulungan persidangan DUN Kedah pada Rabu.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyediakan nombor telefon melalui sistem Voice Over Internet Protocol (VOIP) kepada lapan pejabat pusat khidmat wakil rakyat kerajaan negeri sebagai projek perintis.

Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Mohd Azam Abd Samat berkata, ia mula dilaksanakan pada Oktober lalu dan boleh digunakan secara percuma.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemudahan itu hanya memerlukan talian internet untuk menggunakannya.

Mohd Azam turut bercadang menawarkan kemudahan wifi di setiap masjid bagi kegunaan anak kariah.

Iklan

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyokong penuh perkara ini supaya setiap masjid dapat meletakkan kemudahan internet kepada anak kariah, tertakluk kepada kemampuan kewangan masjid.

"Banyak institusi masjid sudah mula beri kemudahan ini dalam pembelajaran online dan boleh menarik minat anak muda mengimarahkan masjid seperti di Masjid Zahir dan Masjid Ghufron di Alor Setar,” ujarnya.

Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan syarikat komunikasi untuk menawarkan perkhidmatan atau tawaran lebih baik dan berpatutan untuk diberikan kepada institusi masjid.

"Perkara ini juga diberi penekanan dalam perancangan strategik portfolio agama, iaitu menambah baik infrastruktur bagi kemudahan anak kariah di masjid menjelang 2035,” jelasnya.

Mohd Azam memaklumkan, Telekom Malaysia Bhd (TM) juga telah menaiktaraf kesemua rangkaian talian tetap kepada fiber (gentian optik) di Kedah.

"Peluasan rangkaian gentian optik sedang giat dijalankan di kawasan luar bandar di Kedah bawah pelan Jalinan Digital Negara (Jendela). Sehingga suku ketiga tahun ini, sejumlah 349,576 premis telah tersedia dengan infrastruktur gentian optik,” ujarnya.