Pramusim JDT di Eropah

Iklan
JDT akan menjalani pramusim di Portugal dan Sepanyol. - FOTO FB JST

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus bergerak ke hadapan apabila memilih Sepanyol dan Portugal sebagai lokasi untuk menjalani latihan pramusim bagi tahun 2024 dan 2025.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, JDT telah ditawarkan kemudahan fasiliti latihan terbaik di Portugal oleh pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos.

Iklan
Iklan

"JDT akan menjalani pramusim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal berikutan perbincangan yang menggalakkan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Panagopoulos yang merupakan sahabat Baginda dan pemegang saham beberapa kelab di Eropah.

"JDT telah ditawarkan untuk menggunakan kemudahan fasiliti latihan terbaik di Portugal tanpa menanggung sebarang kos," kata kenyataan itu.

Iklan

Tambah kenyataan itu, kelab itu mahu meningkatkan prestasi ketika pramusim dengan memilih Eropah sebagai destinasi mereka selain turut dijadualkan bertemu pasukan berkualiti.

"Pasukan Harimau Selatan ingin meningkatkan lagi prestasi dengan perlawanan-perlawanan pramusim berkualiti di Eropah mulai musim depan.

Iklan

"JDT telah mengadakan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak 2020, dan Eropah adalah langkah ke hadapan seterusnya. Luaskan Kuasamu Johor," kata kenyataan itu.