Gajah tunggal di Filipina mati di Zoo Manila

Iklan
Mali, satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.

MANILA - Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.

Datuk Bandar Manila, Maria Sheilah Honrado Lacuna-Pangan dalam siaran video di media sosialnya, gajah betina yang dikenali sebagai Mali itu mati pada petang Selasa.

Iklan
Iklan

Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Mali atau nama penuhnya Vishwa Ma'ali, menghabiskan sepanjang hayatnya di Manila sejak didermakan oleh kerajaan Sri Lanka pada 1977 semasa berusia tiga tahun.

Iklan

Haiwan itu menjadi tarikan utama dalam kalangan kanak-kanak sekolah, keluarga dan pelancong selama hampir lima dekad, lapor Xinhua.

Dalam sidang akhbar pada Rabu, datuk bandar berkata kematian Mali, 49, akan dimaklumkan secara rasmi kepada kerajaan Sri Lanka, selain kemungkinan mendapatkan penggantinya. - Bernama

Iklan