Azhar Sulaiman pertahan pandangan

Iklan
Azhar Sulaiman

PELAKON berkaliber, Azhar Sulaiman mempertahankan pandangannya mengenai perang yang berlaku di Palestin kini, walaupun mengundang kecaman ramai.

Jelas bintang K.L.U itu, dia sama sekali tidak mempertikaikan perjuangan Hamas, sebaliknya strategi serangan yang bermula pada 7 Oktober itu.

Iklan
Iklan

"Setiap tahun akan ada episod baru mengenai perang di Gaza dan hampir setiap tahun skrip dan naratifnya sama, cuma tahun ini apa yang berlaku lebih besar.

"Saya tidak pernah mempertikaikan perjuangan Hamas tetapi strateginya. ALLAH nak pemimpin yang bijak, sepatutnya mereka perlu ada strategi, bukannya perang dahulu dan kemudian tawakal selebihnya.

Iklan

"Walhal sebelum perang 7 Oktober, anak-anak Gaza bebas ke sekolah, boleh beri aiskrim, ada rumah. Sekarang sudah 14,000 syahid, ramai yang hilang tempat tinggal,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Menurut Azhar, ada pengikut Instagram yang bersetuju dengannya tetapi memilih untuk tidak menyatakan secara terus.

Iklan

Namun dalam masa sama, aktor berusia 52 tahun itu kesal apabila ada segelintir warga maya yang menjatuhkan hukum serta mencemuhnya.

"Kita kena sedar, kenapa ALLAH biarkan perang ini berlaku? Bagi memberi kesedaran pada kita, tetapi kita perlu bertelagah. Tuduh saya tak baca al-Quran.

"Macam Sharnaaz dan beberapa artis lain cemuh saya, cakap saya macam budak baru bermain TikTok, dia sebenarnya merendahkan saya,” luahnya.

Ditebak keterbukaannya memberi pandangan termasuk isu melibatkan teman seindustri, aktor berusia 52 tahun itu berkata, dia sama seperti pengguna media sosial lain yang mempunyai pandangan sendiri.

"Setiap orang ada pendapat masing-masing mengenai sesetengah perkara yang berlaku. Saya bukan orang yang bersuara seminggu sekali di media sosial.

"Media sosial adalah medium untuk berkongsi pendapat dan saya kongsi pandangan saya kalau ada isu terlintas di fikiran saya.

"Tak pasti letak tanda soal, tak pasti lagi tanya. Apa input yang saya dapat, yang membaca juga akan dapat. Bukan bertelagah atau hentam orang lain,” tegasnya.