Jalin kerjasama rakan kongsi teknologi pembayaran

Iklan
Perkhidmatan terbaharu ini akan memberikan kemudahan kepada orang ramai.
DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) bekerjasama dengan ManagePay Systems Berhad (MPay) dan Mastercard sebagai rakan kongsi teknologi pembayaran untuk menawarkan pembayaran baharu bagi memenuhi keperluan dalam talian yang semakin berkembang di Malaysia.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, perkongsian itu melibatkan pembangunan kad prabayar digital kepada orang ramai pada separuh pertama tahun ini, untuk membolehkan mereka membuat pembayaran digital dalam talian dan aplikasinya merentasi lokasi penjual yang menerima Mastercard di seluruh dunia.

Katanya, kad ini direka untuk membolehkan mereka yang memilih kemudahan transaksi dalam talian membuat pembelian dengan mengaktifkan dan gunakan kad tersebut dalam satu aplikasi mudah alih sebagai sebahagian pengalaman digital yang mudah dan terjamin.

"Perkongsian ini adalah salah satu cara Digi berinovasi untuk beri pengalaman digital lebih baik kepada 11.8 juta pelanggannya. Majoriti transaksi e-dagang masih berlaku dengan wang tunai.

"Kami mahu membantu orang ramai tanpa tunai dan menawarkan kemudahan untuk melakukan apa yang mereka mahu pada peranti mereka,” katanya dalam satu kenyataan.