Surah al-Jumuah ubah kerangka fikir, karakter sosial

Iklan
MARHAINI

SHAH ALAM – Surah al-Jumuah menjadi surah pilihan tahun hadapan untuk mengubah kerangka fikiran dan karakter muslim dalam aspek sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, surah tersebut memberi panduan dalam pembangunan sosial melalui peranan Rasulullah SAW.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat empat tindakan baginda dalam mendidik umatnya keluar dari kesesatan.

"Antara solusi surah al-Jumuah adalah tilawah, tazkiyah, taa’lim dan hikmah. Grup sasar dalam misi ini adalah 3U iaitu Ulama, Umarak dan Ummah.

Iklan

"Menerusi #UmmahGrandReset, pihak WUIF berharap dapat membawa perubahan positif dalam diri, keluarga, organisasi dan negara melalui pemahaman mendalam terhadap ajaran al-Quran dan menanam nilai-nilai yang terkandung dalam surah al-Jumuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Program berkenaan dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama Bayyinah Institute berpangkalan di Dallas, Texas bertemakan 'Serve to Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insan' akan berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre, Sepang pada 2 Disember ini.

Iklan

Dalam pada itu, Marhaini berkata, penganjuran 'Serve to Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insan' turut mendapat perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Katanya, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar untuk menghadiri majlis berkenaan.

"Jadi kehadiran Tengku amat bermakna bagi pihak kami (penganjur), kerana ia (sultan) sebagai payung agama.

"Tengku Permaisuri sendiri berangkat turun menaungi program...alhamdulillah," katanya