Majikan perlu lakukan penilaian, elak tragedi di tapak pembinaan

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KEJADIAN runtuhan struktur pembinaan bangunan bukan sesuatu yang asing dalam negara, malah sebelum ini juga terdapat beberapa laporan kecederaan dan kematian, namun sehingga kini tiada penyelesaian jelas daripada mana-mana pihak.

Sebagai negara yang sedang membangun, sudah pasti pembinaan pembangunan pencakar langit, fasiliti laluan kenderaan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan juga beberapa projek mega lain tidak membuat penilaian keselamatan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Iklan
Iklan

Walaupun kita sedang mengalami pembangunan yang pesat, namun ia bukan tiket membolehkan nyawa individu menjadi taruhan sehingga tiada nilai di mata majikan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang sedang berusaha mengalihkan rasuk utama seberat 33 tan di tapak projek pembinaan gudang bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.

Iklan

Bomba menggunakan dua buah kren untuk keluarkan rasuk-rasuk yang runtuh bagi mengeluarkan mangsa.

Rasuk tersebut terjatuh dari ketinggian 20 meter lalu menghempap mangsa yang sedang bekerja.

Iklan

Susulan kejadian itu, tiga pekerja Bangladesh maut, manakala dua lagi cedera parah.

Pada pendapat penulis, majikan adalah individu yang bertanggungjawab melakukan penilaian keselamatan bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku di tapak pembinaan.

Dengan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC), perkara tersebut dapat dielakkan.

Menurut DOSH, statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor pembinaan dari Januari sehingga Mei 2023 mencatatkan sebanyak 47 orang mengalami tidak upaya hilang kekal.

Selain itu, sebanyak empat orang mengalami hilang upaya kekal dan jumlah kematian merekodkan 23 orang.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang mengalami kemalangan dalam sektor tersebut ialah 74 orang.

Tidak dapat dinafikan kemalangan nyawa boleh berlaku pada bila-bila masa, namun jika ia boleh dielakkan mengapa kita tidak mengambil sebarang tindakan menyeluruh?