AS harap gencatan senjata dilanjut

Iklan
Jelas Linda Thomas, lanjutan gencatan kini terletak di tangan Hamas. - Foto Reuters

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) berharap gencatan senjata di Gaza dilanjutkan.

Harapan itu disuarakan wakil tetap AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Linda Thomas Greenfield.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, lanjutan gencatan kini terletak di tangan Hamas.

"Kami berharap gencatan senjata ini boleh dilanjutkan. Tetapi seperti mana yang ditekankan dalam Majlis Keselamatan PBB sebelum ini, semuanya terserah kepada Hamas.

Iklan

"Israel juga memaklumkan jika Hamas terus membebaskan 10 tahanan sehari, mereka akan melanjutkan gencatan sehari lagi. Jadi semuanya terserah kepada Hamas.

"Kami yakin kepada potensi ini, dan kami sedang bekerja keras untuk melanjutkan perjanjian ini," katanya.

Iklan

Perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas selama empat hari yang sepatutnya tamat pada Isnin, dilanjutkan dua hari lagi.

Ini menjadikan tempoh keseluruhan jeda kemanusiaan kepada enam hari.

Sepanjang tempoh itu puluhan tahanan Israel dan Palestin dibebaskan. - Awani