Ahli Parlimen anti-Islam cetus provokasi lagi

Iklan
Geert Wilders

THE HAGUE - Ahli Parlimen penuh kontroversi di Belanda, Geert Wilders semalam kembali mencetuskan provokasi apabila beliau mengadakan semula pertandingan karikatur Nabi Muhammad, lebih setahun selepas acara sama dibatalkan berikutan menerima bantahan keras banyak pihak.

Pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang sering mengeluarkan kenyataan anti-Islam itu bertindak biadab mengajak pengikutnya di Twitter supaya menghantar lukisan satira memaparkan Rasulullah yang sememangnya bakal menyinggung orang Muslim di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

"#FreedomOfSpeech (kebebasan bersuara) mesti mengatasi keganasan dan fatwa Islam," katanya dengan angkuh.

Berdasarkan pengumuman itu, pertandingan tersebut akan dianjurkan Dewan Perwakilan Parlimen Belanda.

Iklan

Pada tahun lalu, rancangan Wilders, 56, untuk mengadakan pertandingan serupa telah mencetuskan kemarahan orang Islam terutamanya di Pakistan.

Beliau bagaimanapun membatalkan acara itu selepas menerima ancaman bunuh.

Iklan

Sehari selepas pengumuman dibuat Wilders, seorang lelaki Afghanistan dilaporkan menikam dua pelancong warga Amerika Syarikat di stesen kereta api utama di Amsterdam dan dia dihukum penjara 26 tahun pada Oktober lalu.

Pada bulan lalu, sebuah mahkamah di Belanda menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang warga Pakistan selepas disabit bersalah cuba membunuh pemimpin berhaluan kanan terbabit. - AFP